Salam sejahtera,
Kami sudah pun di akhir penghujung tahun 2008, kini tahun 2009 adalah tahun yang ingin saya meningkatkan lagi perubahan dan prestasi pelumba pecut pelapis negara. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat dan cadangan anda semua untuk saya memajukan sukan berbasikal negara Malaysia. Sila kongsikan bersama untuk mengejar impian memenangi pingat di sukan olimpik London 2012.
Terima Kasih,
Malaysia Power!!! Malaysia Boleh!!!
Kami sudah pun di akhir penghujung tahun 2008, kini tahun 2009 adalah tahun yang ingin saya meningkatkan lagi perubahan dan prestasi pelumba pecut pelapis negara. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat dan cadangan anda semua untuk saya memajukan sukan berbasikal negara Malaysia. Sila kongsikan bersama untuk mengejar impian memenangi pingat di sukan olimpik London 2012.
Terima Kasih,
Malaysia Power!!! Malaysia Boleh!!!
22 comments:
Tolonglah buat race untuk pelumba trek senior di Malaysia ni. Orang besar-besar tu semua pandai cakap, pandai bangkang, pandai ban je.
Itu saja idea.
Sekian terima kasih.
Chaya la coach..!! Lu ni memang idola anak anak muda lah.. Bila nak blanja aku teh tarik?
Bro Arnaz: ermm...
Bro Ironman: boleh aja
Hi Dude,
kami mahu race....kami mahu race.....kami mahu race.....kami mahu race......especially kalo track handicap race...heheheh kami mahu race.....
Unholy Alliance
p.s Rimau tu sebjik muka lu....
Unholy Alliance
ko tgk muka die. sombong. awas ok!
Coach, saya rasa kalau organise Sirkit sekurang-kurangnya seminggu sekali tentu ada rider yg datang. Buat utk sekitar Selangor dan KL dulu, bila ada sambutan baru buka pendaftaran pada rider2 yang lain luar kwsn Selangor dan KL. Saya percaya ramai akan datang dan beri sokongan pada coach.
Idea yang bagus.
Mmg sgt setuju, idea ini saya sudah cadangkan kepada pengurus semasa 2003.
Kami telah menganjurkan xxxxxx xxxx yang lalu, ada yang mengecam saya dan rakan tidak ikut saluran, tetapi saya juga telah meminta persetujuan dari pihak berkenaan terlebih dahulu, kami semua menganjur bukan untuk mendapatkan keuntungan, tetapi untuk pembanggunan berbasikal negara, jika perkara mulia ini ada yang masih tidak setuju bagaimana sukan negara hendak maju.
Penah mereka bercakap di depan saya ketika itu, bila kami beritahu perkara sebenar baru mereka terdiam. Saya berasa kesian kenapa masih ada sikap "ASSUME" tanpa selidik terlebih dahulu.
Kami buat atas dasar suka rela. Individu berkenaan terus diam bila kami mahukan perkhidmatan percuma. Jika benar mereka ikhlas, mari sama-sama jayakan tanpa kira wang ringgit.
Basikal terus maju.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Sokong dengan kenyataan Arnaz M.Khairul tu....!!!!
Cadangan dari PLBD Dungun:-
Ujudkan satu sekolah khusus untuk sukan berbasikal...trek,lebuh raya,MTB dan macam jenis sukan berbasikal yang lain.Kalau nak di yurankan jangan lah mahal sangat dan tentu ada ibubapa yang akan hantar anak anak mereka.
bro Arnaz,
Saya tgk komen anda mcm keletihan jer? tapi awk nampak cergas lagi nampak hebat ha... semangat!!
JOm lah kita kayuh buat satu team sprint tapi special punya lah.. kayuh beca atas trek. Siap bawak bena "Belia Benci Dadah"
Terima kasih atas cadangan anda.
Hebat sangat ke coach ni....!!!???
Kita sama2 bantu sukan berbasikal negara, bukan nak kira saper hebat atau kuat.
Brader "Anonymous said...
Hebat sangat ke coach ni....!!!???
December 10, 2008 7:47 PM
"
tak hebat sangat pun..tapi still sanggup buat perubahan dan title dia pun tulis bukan pasal kehebatan just mintak pandangan. Kalo sekadar nak kutuk2 baik buat forum lepas tu bincang2...lepas tu tak ada apa...lepas tu cas menyokong sukan basikal malaysia...lu ni menggambur la beb.
P.s gua tau lu siapa. Sudah2 lah tu. jangan buat peel.
Lepas ni plak lu nak kutuk gua plak kan? hahahah what a loser.
Unholy Alliance
Haiyo, Mr. Anonymous, orang mau buat baik, lu nak tanya macam-macam.
Orang yang tak buat ape, cakap je banyak, dah ramai sangat kat Malaysia ni.
So, lu mau cakap, lu boleh cakap. Coach memang tak hebat. Belum hebat lagi.. So, apa masalahnye?
Anonymous said...
Hebat sangat ke coach ni....!!!???
December 10, 2008 7:47 PM
Hi ,
Berani cakap kat depan monitor je ker , guna keyboard ? kesian
"BAISIKAL SCENSE"
Kita lupakan najis-najis dadah.
Ada cadangan 2009 untuk saya improve kan diri dan sukan berbasikal negara?
Jom semua maju dan terus maju.
"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah?
Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.
Kita Ambil iktibar bersama.
Selamat beramal ya.
Al - Fatihah to Tan Sri Dr. P. Ramlee.
Lagi satu, boleh buat race kriterium suka-suka, setiap hari ahad, untuk sesiapa yang nak masuk. Tak payah hebat-hebat punya, janji kos rendah, hadiah bagi tuala mandi ataupun cerek pun takpe. Janji semua enjoy. Bila kos rendah, semua enjoy, senang nak buat selalu.
Tak payah pikir macam-macam, tak payah sibuk ke hulu, ke hilir cari duit. Kalau setakat race kecik-kecik macam ni, member-member pun boleh tong-tong dan support dari segi tenaga kerja.
Bro Arnaz,
Sound Good... ini senang juga punya plan.
ini mau kasi jadi
Coach yang di hormati....usah peduli kan kata kata songsang seperti itu.
Kami sentiasa menyokong semua jenis sukan di Malaysia terutama sekali Sukan Berbasikal. Teruskan Usaha Coach...semoga anda akan lebih berjaya dan melahirkan atlet berbasikal yang digeruni dan disegani pihak lawan......!!!!! Teruskan.
Terima Kasih coach,
Perkara sebegini sudah banyak kita lalui. They can say anything.
Be smart and success together.
Post a Comment